Minyak turun harga bermula esok hari

BERMULA 28 Disember (esok), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 1 sen. Manakala diesel pula naik sebanyak 3 sen. Penurunan harga petrol dan kenaikan harga diesel itu akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 28/12/2017 hingga 03/01/2018.

Ini bermakna harga RON95 turun kepada RM2.26 seliter daripada RM2.27, minggu lalu. Begitu juga harga RON97 turun kepada RM2.53 seliter daripada RM2.54 . Diesel pula mengalami kenaikan kepada RM2.26 daripada RM2.23 seliter.

SENARAI HARGA MINYAK [
28/12/17 - 03/01/18]

RON95: RM2.26 (turun 1 sen)
RON97: RM2.53 (turun 1 sen)
Diesel: RM2.26 (naik 3 sen)

Comments