Dua lelaki dikhuatiri lemas kereta terjatuh dalam sungai ketika menaiki feri di Miri

MIRI: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan mereka terjatuh ketika menaiki feri milik syarikat perladangan kelapa sawit di Sungai Miri tengah hari tadi.

Kedua-dua individu itu iaitu pemandu kereta, Gary Nable, 21, dan Gberial Brian, 23, dikatakan gagal keluar dari kereta selepas terhumban ke dalam sungai, selepas hilang kawalan.

Sepasukan penyelam dari balai Jambatan Bomba dan Penyelamat Miri dihantar ke tempat kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata usaha mengesan mangsa yang hilang masih diteruskan.

"Punca kejadian masih disiasat. Sehingga jam 4 petang ini belum ada mangsa dijumpai," katanya hari ini. -Berita Harian Online

Comments