Lagi kes langgar lari, mangsa maut dirempuh lori

PADAWAN: Seorang individu yang masih tidak dikenal pasti identitinya maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah lori di Kampung Bumbok, sekitar jam 11.05 malam tadi.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, insiden berlaku ketika mangsa yang sedang berjalan dari arah Bau menuju ke Batu 7 dilanggar oleh sebuah kenderaan dipercayai lori, yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa kemudian mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kaki, maut di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak.

Identiti mangsa kata Bingkok, masih belum dikenal pasti dan pihaknya sedang mengesan waris mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Comments