Slogan Sarawak 4 Sarawakians tidak menghasut, rakyat Sarawak hanya tuntut hak mereka- Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek

SIBU: Slogan ‘Sarawak for Sarawakians’ bukan bersifat hasutan dan tidak melanggar Akta Hasutan 1948.

Demikian pendirian Ketua Pemuda SUPP cawangan Bukit Assek Joseph Chieng.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Chieng nyata punya pendirian berbeza daripada Tmbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tidak ada apa-apa yang salah tentang slogan itu, ia hanya membuktikan rasa sayang mereka kepada Sarawak.

“Rakyat Sarawak menghargai warisan mereka dan keamanan, dan mereka berjuang bersama menentang pelampau agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya lagi, Ahmad Zahid sepatutnya memburu mereka yang mencetuskan sentimen rasisme dan keadaan huru-hara.

Cheng menambah, rakyat Sarawak hanya menuntut hak mereka seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia. Beliau berharap perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan  baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. – Sarawakvoice

Comments