Warga emas maut lori terbabas ke dalam parit

SIBU: Seorang lelaki warga emas maut apabila lori yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Taan Aman, Durin di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit berkata mangsa dikenali sebagai Kong Shion Foh dan berumur 61 tahun.

Ujarnya dalam kejadian sekitar 7.30 pagi  mangsa yang memandu seorang diri sedang menghala ke arah pasar Durin untuk balik ke rumah.

"Namun ketika tiba di tempat kejadian, lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit, " katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi nahas selepas menerima panggilan kecemasan.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian sekitar jam 8.30 pagi kemudian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- Utusan Borneo Online

Comments