Buruh cabul anak saudara ditahan polis di Sibu

SIBU: Seorang buruh berjaya ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit berkata, suspek, 32, yang merupakan bapa saudara kepada mangsa, ditahan di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua sekitar jam 11 malam tadi.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa sekitar jam 9 malam selepas abangnya melakukan perbuatan terkutuk itu sekitar jam 8 malam di rumah tersebut Isnin lalu.

"Insiden itu dilaporkan berlaku selepas jeritan mangsa mengejutkan pengadu yang ketika itu sedang berbual dengan ibunya di kediaman mereka," katanya.

Menurutnya, pengadu, 30, terus meluru kearah bilik abangnya dan meminta suspek membuka pintu.Suspek dikatakan terus keluar dan melarikan diri.

Pengadu yang bimbang melihat anaknya menangis, kemudian memeriksa bahagian kemaluan anaknya yang terdapat sedikit kesan darah.

Zailanni berkata, laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Sentral pada jam 9.21 malam Isnin lalu telah menjurus kepada penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek mengaku secara positif. Menurut beliau, insiden itu berlaku selepas suspek mendakwa ternampak mangsa mengintainya ketika dia sedang mandi.

"Suspek memberitahu bahawa dia kemudian mambawa mangsa masuk ke dalam bilik dan membuka seluar mangsa serta cuba memasukkan kemaluannya kedalam kemaluan mangsa namun tidak dapat," katanya.

Zailanni berkata, tindakan terkutuk suspek telah menyebabkan mangsa menjerit kesakitan dan cuba melarikan diri sehingga ibunya datang untuk menyelamatkannya.

Perintah tahanan reman ke atas suspek akan dipohon di Mahkamah di sini pagi ini dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 14 (d) Amang Seksual Fizikal Akta Kanak-Kanak 2017. -Utusan Borneo Online

Comments