Gara-Gara Kepak Ayam, Penduduk Sanggup Gali Tanah Di Bukit Aup Sibu



SIBU: Kepak ayam yang 'dikuburkan' di dalam tanah di Bukit Aup sejak Jumaat Lepas mencuri tumpuan penduduk sekitar.

Memetik laporan The Borneo Post, bahagian ayam yang menjadi kegilaan orang ramai itu dipercayai dibuang pihak berkuasa kerana dikhuatiri beracun dan tidak dibayar cukai.

Salah seorang penduduk yang ditemui berkata, dia mengetahui mengenai perkara tersebut menerusi rakan.

"Saya datang ke sini kerana rakan saya memberitahu terdapat kepak ayam di sini, malah ada yang masih beku, " katanya.

Walau bagaimanapun berita tentang longgokan kepak ayam itu telah tular secara meluas menerusi Whatsapp dan Facebook. – Sarawakiana

Comments