KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki menerima padah apabila dipukul selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di rumah di sebuah kampung Tambirat, Asajaya Kota Samarahan.
Dalam insiden sekitar 2.30 pagi itu, difahamkan suspek yang juga dari kampung sama dikatakan cuba mencabul wanita berkenaan yang sedang tidur selepas menceroboh masuk kediaman tersebut.
Bagaimanapun, insiden itu disedari oleh suami wanita tersebut yang kemudiannya memukul serta menangkap suspek, dengan bantuan iparnya.
Suspek yang cedera di bahagian muka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu telah diterima.
Katanya, suspek telah dirujuk dan diberi rawatan perubatan di Klinik Asajaya sebelum ditahan dalam lokap. “Suspek akan ditahan reman sehingga 7 April (Jumaat) ini untuk membantu siasatan,” katanya. -Utusan Borneo Online
Comments
Post a Comment