KUCHING: Sebutan semula kes seorang lelaki yang menikam kekasihnya sampai mati di sebuah bilik sewa di Batu 4 kerana perasaan cemburu 24 Mac lalu ditetapkan pada 3 Mei depan oleh Majistret Portia Tham di Mahkamah Majistret semalam.
Memetik laporan Sarawak Voice, tertuduh Salman Kassim, 25 dikatakan melakukan perbuatan berkenaan kerana mengesyaki kekasihnya curang dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Majistret Portia Tham menetapkan tarikh berkenaan dan tertuduh akan dibicarakan di bawah Seksyen 302 kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Pada 24 Mac lalu, Salman yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan polis selepas membuat pengakuan menikam kekasihnya. -Sarawakiana
Comments
Post a Comment