Serian-Selepas dinaiktaraf sebagai sebuah bahagian, Serian kini akan berwajah baharu dengan penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang maju dalam memenuhi aspirasi masyarakat Bidayuh.
Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengisytiharkan Serian sebagai bahagian ke-12 di Sarawak kira-kira dua tahun lalu.
Sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 dan beliau akan meneruskan usaha Tok Nan untuk membangunkan bahagian Serian dan rakyatnya.
"Kedatangan hari ini (semalam) di sini tidak dengan tangan kosong, tetapi kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan Kompleks Pentadbiran Bahagian Serian, Dewan Persidangan dan Bandar Baharu Serian.
"Kerajaan juga akan menaiktaraf fasiliti di Tasik Serian dengan membangunkan jambatan ikonik seperti yang ada di Putrajaya.
"Untuk itu, dalam tempoh tiga tahun lagi, sektor pelancongan dan meningkat di Bahagian Serian dan ini sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan domestik seperti kraf tangan, restoran dan sebagainya," ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Pesta Birumuh 2017 Serian di Stadium Mini Serian, pagi semalam.
Turut sama hadir, isteri Ketua Menteri Datin Amar Juma'ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah, menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Abdul Ghani dan barisan kabinet negeri Sarawak serta ketua-ketua masyarakat.
Abang Jo turut mengumumkan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien dengan pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghubungkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.
Tidak cukup dengan itu, Abang Jo juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membangunkan Kompleks Pejabat Daerah Tebedu.
Manakala, Taman Rekreasi Air Terjun Ranchan yang menjadi 'lambang' Serian juga akan dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta selain sumbangan RM100,000 kepada Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) yang telah berjaya menganjurkan Pesta Birumuh 2017 ini.
Lebih kurang 8,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir dan menyaksikan Pesta Birumuh 2017 yang merupakan pesta tahunan bagi masyarakat Bidayuh di Serian ini. -FriendsKLXpress
Comments
Post a Comment